Showing posts with label column. Show all posts
Showing posts with label column. Show all posts

Thursday, January 15, 2009

Info - Cinta Itu Buta !!!

Homofobia sebagai salah satu ancaman dan kebodohan oleh mereka yang hanya pandai berselindung disebalik topeng keagamaan. Membutakan hati dan kebebasan di atas nama dogma dan moraliti serta hukum keagamaan. Terlalu menular dikalangan masyarakat timur yang beradab kononnya. Juga tidak terkecuali rakan-rakan dalam komuniti diy hc/punk ini sendiri. Bangkit dan beri peluang untuk diri anda berkomunikasi dan berfikir dengan lebih rasional dan tidak hanya didogmakan oleh kepercayaan. Fikir dengan lebih menyeluruh dan bebas tanpa diskriminasi. Alasan diciptakan bukan untuk dituding kesilapan, tetapi untuk mematang dan mencanangkan kebebasan semua.

-----------


Apa itu Homofobia?
Perkataan 'Homo' diambil daripada bahasa Yunani yang bermaksud 'sama' manakala perkataan 'phobic' pula membawa maksud 'mentakuti sesuatu atau seseorang' tetapi dalam Bahasa Inggeris ianya telah membawa maksud 'kebencian'.

Namun apakah sebenarnya maksud 'Homofobia' itu kini telah menjadi satu istilah bagi:
- prejudis terhadap homoseksual
- kebencian terhadap kumpulan gay atau homoseksual ataupun cara hidup atau budaya mereka
- perilaku atau tindakan berdasarkan kebencian ini
- perasaan benci terhadap homoseksualiti dan homoseksual

Apakah yang mendorong kepada Homofobia?
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada keinginan untuk mendiskriminasi gay dan lesbian, serta seterusnya memperkukuhkan status keistimewaan bagi golongan heteroseksual.

Antaranya ialah:
- mempunyai ketetapan kepercayaan agama yang tidak membenarkan seks dan/atau homoseksualiti
- mempunyai hanya sedikit atau tiada hubungan sosial dengan golongan gay dan lesbian
- tidak pernah mempunyai perasaan atau pengalaman homoseksual
- ketakutan terhadap mereka yang berlainan perasaan
- perasaan golongan heteroseksual yang memandang jelik terhadap idea aktiviti seks sejenis. Menganggap bahawa perilaku homoseksual ialah di luar tabii bagi mereka, sesetengah orang menyamakan perasaan ini dengan tanggapan bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang salah bagi sesiapa pun.
- perasaan homoseksual sebenar yang tidak boleh diterima atau dihadapi seseorang itu.
- kurang keyakinan diri yang menjurus kepada keinginan untuk membenci mereka yang lain.

Sifat homofobia peribadi selalunya disebabkan oleh penerimaan maklumat yang kurang tepat atau salah. Hanya sejumlah kecil sahaja kanak-kanak yang mendapat maklumat mengenai golongan lesbian, gay dan biseksual tanpa sebarang prasangka; terdapat ramai golongan dewasa yang berterusan berpegang kepada stereotaip-stereotaip yang telah mereka pelajari sewaktu kanak-kanak.

Homofobia interpersonal (perilaku gangguan atau diskriminasi individu). Mereka yang tidak yakin dengan seksualiti mereka sendiri atau berasa terancam dengan seksualiti sejenis akan lebih cenderung untuk menjadi lebih tegar dalam menetapkan apa yang "betul" dari segi seksual dan mungkin akan cuba menghukum atau memaksakan pasangan mereka terhadap golongan lesbian, gay, serta biseksual.

Homofobia yang diinstitusikan wujud disebabkan oleh sebahagian daripada persaingan merebut kuasa. Masyarakat kita akan meletakkan kambing hitam bagi mengekalkan status quo dan kedudukan mereka yang berkuasa. Kumpulan minoriti akan dipersalahkan untuk pelbagai masalah sosial dan ekonomi.

Homofobia melalui budaya sebahagian besarnya disebabkan oleh norma-norma sosial yang menentukan seksualiti mana yang "betul". Hubungan seksualiti sejenis adalah sama sekali dilarang atau ditakuti.

Adakah saya seorang Homofobik?
Berikut adalah contoh-contoh perilaku dan sikap homofobik yang dilakukan oleh kebanyakan daripada kita dalam kehidupan seharian:

- mengandaikan bahawa kita boleh "mengesan seseorang homoseksual".
- menggunakan perkataan seperti 'lembut', 'pengkid', 'bapuk', 'gay', 'lezzo' dan sebagainya untuk menghina seseorang.
- mengandaikan bahawa seorang rakan yang menyukai pasangan seks sejenis cuba untuk mengurat anda apabila mereka bersikap ramah dan mesra dengan anda.
- tidak mahu menghulurkan bantuan perangsang kepada rakan yang tertarik dengan seks sejenis apabila mereka putus hubungan dengan pasangan mereka.
- membuat komen tidak wajar atau biadap ataupun berasa jijik dengan eksprisi kasih sayang yang dibuat secara umum antara pasangan seks sejenis.
- berpendapat bahawa golongan gay, lesbian, biseksual, dan transgender adalah terlalu lantang membicarakan hak sivil.
- menganggap bahawa semua orang yang dikenali adalah heteroseksual.
- menganggap bahawa seseorang lelaku gay hanyalah seorang lelaki yang tidak dapat mencari teman wanita atau bahawa seorang lelaki yang secara rahsianya ingin menjadi seorang perempuan.
- menggap golongan biseksual adalah mereka yang keliru atau hanya ingin bermain-main.
- tidak mahu mempersoalkan komen homofobik atas alasan takut dilabel sebagai gay.


Bagaimana Homofobia boleh memberikan kesan buruk kepada heteroseksual?

Adalah jelas bahawa homofobia dan heteroseksime menindas golongan lesbian, lelaki gay, serta perempuan dan lelaki biseksual menerusi pertuturan dan gangguan fizikal secara individu dan perlakuan bersama yang mengakibatkan terjadinya pengaburan, ketidak-wajaran dan penindasan.
Namunpun demikian, homofobia dan heteroseksime juga boleh memberikan kesan buruk kepada golongan heteroseksual. Dengan mengekalkan definisi sempit perhubungan dan peranan jantina yang "betul", akan mengurangkan keseronokan perhubungan emosi dan interaksi seksual dalam apa jua bentuk diantara perempuan dan lelaki. Takut dianggap sebagai homoseksual akan membantutkan perkembangan tahap kemesraan dikalangan rakan-rakan sesama jantina. Ketakutan ini akan menyumbang kepada tekanan dan emosi yang tidak seimbang dan akan merosakkan perhubungan heteroseksual itu sendiri.
Homofobia juga akan memecah-belahkan institusi kekeluargaan apabila ibu bapa mendapat tahu bahawa anak mereka adalah lesbian, gay atau biseksual. Bukankah lebih baik untuk mengekal perpaduan sesama keluarga, jika sekiranya kita dapat menyokong dan menghormati setiap ahli keluarga tanpa mengira pilihan tarikan dan orientasi seksual mereka.
Di dalam masyarakat di mana pencapaian golongan lesbian, gay dan biseksual tidak diketahui umum ataupun dihina, golongan hoteroseksual akan hanya mendapat pandangan yang kabur tentang apa yang sebenarnya berlaku; mereka hanya sekadar dapat mempelajari pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh golongan lesbian, gay dan biseksual. Golongan heteroseksual sepatutnya boleh memperluaskan pengetahuan mereka jika dapat berhubung dengan golongan lesbian, gay dan biseksual.
Penidakkan kesaksamaan hak asasi bagi golongan lesbian,gay dan biseksual akibatnya akan langsung menghadkan hak asasi manusia bagi semua orang. Kerajaan-kerajaan yang paling banyak menindas rakyat berasaskan jantina, bangsa, etnik, pegangan agama dan kelas. Jika sekiranya golongan lesbian,gay dan biseksual boleh menjadi sasaran penindasan, sebarang kumpulan lain dalam
masyarakat juga boleh ditindas. Andainya kita benar-benar percaya kepada kebebasan dan hak individu, oleh itu kita sepatutnya menghargai semua orang dan keunikan di antara sesama yang banyak menyumbang kepada membentuk masyarakat plural ini.

Bolehkah Homofobia dipulihkan?
Menangani homofobia secara konstruktif pertama sekali memerlukan pengertian mengenai kewujudannya yang berlaku di mana-mana sahaja. Bukan mudah untuk kita menghapuskan perasaan homofobik, tetapi sekiranya kita mahu menerima bahawa kita semua mungkin adalah homofobik, dengan itu kita sudah boleh mula memikul tanggungjawab dalam menentukan pilihan dan seterusnya mengubah sikap kita.

Selain mengandaikan kehadiran homofobia, kita tidak boleh melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengenalpasti homofibia, dan bukannya homoseksualiti, sebagai masalah dipersoalkan. Dalam perbualan dengan sahabat handai atau rakan sekerja, berbincanglah mengenai homofobia. Bagi kebanyakan orang, waktu mereka hanya bercakap tentang lesbian,gay dan biseksual hanyalah dalam konteks membuat "lawak" homofobia.

- Fikirkan mengenai persamaan dan perbezaan di antara homofobia dengan bentuk penindasan yang lain. Gunakan pengetahuan anda mengenai isu perkauman, seksime, kalasisme dan sebagainya untuk memahami homofobia dengan lebih baik serta memahami homofobia dengan lebih baik serta mencari cara-cara dalam menghadapi homofobia.
- Dengari masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan lesbian,gay dan biseksual serta mengandaikan pengalaman mereka ditindas sebagai satu perkara yang sahih. Pada masa yang sama, andaikan bahawa cara golongan lesbian,gay dan biseksual menjalani kehidupan mereka adalah berbeza daripada golongan heteroseksual.
- Sokong secara aktif gerakan anti-diskriminasi dan juga kempen-kempen untuk menghentikan prejudis serta keganasan.

**************************************************

Sejak akhir-akhir ini, telah terdapat banyak percakapan tentang kenyataan homofobik yang dibuat oleh beberapa band di dalam scene. Kami sebagai sebuah gabungan dan kumpulan yang peduli akan perkara tersebut telah mengambil keputusan bagi melaksanakan kempen menentang sikap dan pandangan yang menindas seperti ini terhadap sesama manusia. Adalah menjadi satu percanggahan besar bagi mereka yang kononnya melaung-laungkan tema-tema cinta untuk tidak mengenal pasti bahawa cinta juga adalah untuk sesiapa yang menginginkannya tidak kira apa jua orientasi seksual mereka. Bagi membangunkan komuniti bebas yang lebih mesra dan erat, kita perlu berusaha memastikan diskriminasi dan kebencian dapat dihapuskan. Inilah yang seharusnya kita ketengahkan dan perjuangkan!!

**************************************************

kongsi/cinta/hormat

Satu usaha komuniti oleh gabungan jiwa bebas dan (bekas) masyarakat sivil.

www.myspace.com/cintaitubuta
cinta.e2.buta@gmail.com

prasastihujunglangit #01

Kolum - 01

AKU, SI DIA DAN SI KEMBONG. WHERE WAS THE LOYALTY IN FRIENDSHIP GONE?

Cerita ini berdasarkan kisah benar yang berlaku kat aku pada penghujung tahun lepas. Nak dijadikan cerita, masa tuh movie “Kungfu Hustle” tgh hot kat cinema. Aku pon ape lagie, aku pon “Q” la kat TGV dari pukul 10 pagi. Diaorg bukak jer business, muka aku dah tertongok kat situ. Mana taknya, cerita tuh memang tengah meletup-letup masa tuh.. Masa first launching, aku Q dari pukul 10pagi. Sanggup mengular keje kejap semata-mata nak beli tiket movie tuh. Aku ingat aku sorang je ade idea cam tuh, rupanyer ramai giler orang dah tunggu. Sampai kat turn aku jer tiket sold out. Bengang btol. Tapi, hari tuh aku bernasib baik. Dapat jugak aku 2 tiket “Kungfu Hustle”. Midnite movie. Q seawal-awal pagi, dapat tiket pukul 11.45pm.. Tak kisah la. Janji dapat jugak aku nak tgk cite tuh. Tiket satu lagie? Off coz la untuk “si dia”. Hehehehe ?Aku pon membilang masa, waktu, saat, time… Tak sabar nak tgk movie ngan “si dia”. Tapi, yang sedihnya, masa aku tgh start scooter buruk yang aku pinjam untuk jemput “si dia”, “si dia” call cakap cancel. Tak jadie nak tgk wayang ngan aku pasal dia demam. Dia cakap dia tak larat. Aku punya la frust. Dah la aku bersusah payah nak dapatkan tiket dari first launching movie tuh, hari-hari Q pukul 10pagi. Bila dapat, tak jadie la pulak. Nak buat camane. Dah “si dia” sakit. Lain kali boleh tgk lagie. Aku pon pikir, nak buat ape ngan tiket nie? Nak buang tiket tuh, sayang la plak. Bukannya dapat free. So, aku call member aku, nak kasi kat diaorg free. Memula tuh diaorg kata ok. Aku pon tunggu la. Tapi, tak jadie jugak pasal diaorg ada problem di saat2 akhir. Aisey.. apa aku nak buat ngan tiket nie? Takkan nak tgk sorang-sorang? Nak ajak member? Aku nie tak ramai member kat KL. So aku ajak la “si dia” punya member, “si kembong”. “Si dia” cakap si kembong tuh ok. Diaorg dah kawan lama dah. Takkan si kembong nak buat apa-apa yang tak elok kat aku. Sebelum nie pon aku selalu borak2 dlm tepon ngan si kembong, disamping berbalas-balas msg through “myspace”.Aku pon dah pernah jumpe si kembong, kiteorg lepak minum kat mamak stall Bukit Bintang. So, aku pon call la si kembong. Si kembong ok jer. Si kembong suruh aku jemput. Aku pon bersama dengan scooter buruk yang aku pinjam nie pegi la jemput si kembong. Pasal aku tatau umah si kembong kat mana, aku jemput si kembong kat petrol pump area umah dia tuh. Sampai je si kembong kat petrol pump tuh, dia suruh aku park scooter yang aku pinjam tuh kat bawah umah dia, dengan alasan scooter tuh dah “barai”. Memang pon. Dah la no plate pon takde. Lagipon, aku nie bukannyer ade lesen motor pon. Lesen kete ade ah. So, aku pon park la scooter buruk tuh kat bawah umah dia. Aku tumpang la scooter si kembong pegi KLCC. Dipendekkan cerita, masuk la aku dan si kembong dalam cinema. Masa lampu tengah cerah, okay lagie. Tup! Lampu padam, so keadaan menjadi gelap gelita.. Standard la, dlm cinema memang ah gelap. Mana ade cinema yang biar lampu terang-benderang. Tiba2… aku rasa ada tangan dok menjalar kat badan aku. Mula2 tangan.. pastuh naik ke bahu.. Nie yang tak syok nie. Dalam hati aku, “Isk, jantan nie, bukan main gatai lagi”. Aku pon tolak tangan si kembong dari terus merayap-rayap tanpa hala tuju. Aku ingat dia paham bahasa, tapi, sekali lagi tangan dia menjalar-jalar. Memang tak paham bahasa btol mamat nie!. Aku nak cakap bahasa apa lagie. So aku tolak lagie. Pastuh dia merayap lagie. Aku tolak lagie.. Macam tuh laa keadaan dalam cinema. Asyik menolak jer keje aku. Daripada best nak tgk cerita tuh, terus jadie tak best. Masa tuh aku teringat kat “si dia”. “Si dia” cakap member dia nie (sapa lagi kalau bukan si kembong) okay, TAPI, okay ker macam nie?… Pastuh aku teringat lagi, “si dia” pernah cakap, “si dia” ngan si kembong against all the negative things, smoking cigarette, drugs, alcohols, casual sex and bla bla bla.. dalam erti kata lain, “si dia” dan si kembong nie “straight edge”, for about 5 years.
Walaupon aku nie bukannya tau apa2 sangat pasal straight edge, TAPI, straight edge ke macam nie?… Kalau la “si dia” tau perangai si kembong macam nie, apa la agaknya yang akan terjadi?

Tak cukup dengan tuh, masa nak balik, terjadi lagi satu adegan yang tak diingini. Rupanya dalam cinema tuh si kembong baru kasi intro jer. Blom masuk chorus lagie.

Masa balik, dah tentunya dah lewat gila. Dah movie tuh start pukul 11.45pm. Si kembong tanpa segan silu nak kiss aku. Nasib baik aku nie kuat iman lagi walaupon aku nie takde la baik mana pon. Aku tolak ah. Nasib baik dia kurus je. Senang skit nak tolak. Yang buat aku bengang gila babi tahap cipan, si kembong tanpa rasa bersalah, asked me to have sex with him! Apa, dia ingat aku nie one nightstand ke? Kalau dah tak tahan sangat, pegi chow kit ah. Muda, tua, slim, gemuk, tulen, nyah, macam-macam ada! Aku tanya la balik kat si kembong, apesal plak ajak aku buat keje tak senonoh tuh? Dia cakap pasal dia sayang kat aku. What the hell? Ingat aku nie minah rempit ker, cakap sayang sikit dah boleh angkut balik umah. Come on la wei.. We are living in 20 centuries. Takkan si kembong lupa I’m his friends’ girlfriend? Si kembong dah lupa ker friendship between “si dia” and him? Where was the loyalty in friendship gone? Takkan si kembong lupa yang dia tuh against all the negative things including casual sex? Dia lupa ker dia tuh “straight edge”, yang dia selalu bangga-banggakan cerita kat aku? Apa dah jadi nie?. Tapi, aku nie kira bernasib baik la, coz si kembong tak force aku to have sex ngan dia or rape me by the time I refuse him. Dia terus blah jer. Kalau tak, lain plak cerita.. Lepas daripada kejadian tu, si kembong terus tak contact aku sampai le sekarang. Malu agaknyer Kepada si kembong, kalau dia baca article nie, jangan buat macam tuh lagie kat mana2 girls, kaum yang korang anggap lemah, so don’t take advantage because of that. Don’t think all girls are born without brain. We are not BIMBO! We are not born to be guy’s sex toys! And for your information, aku tak cerita kat “si dia” apa yang berlaku malam tuh demi untuk menjaga relationship korang. Aku taknak “si dia” masam muka sebab korang nie satu scene, furthermore korang dah kawan lame. And jangan rosakkan image straight edge yang korang perjuangkan tuh. For what reason you being a straight edge if you didn’t act like straight edge. Kepada pembaca-pembaca yang lain, tak kira la korang straight edge ke ape ke, korang amik la pengajaran daripada cerita nie. Cerita nie bukan untuk mengaibkan si kembong tetapi for you guys to understand the moral of the story, it’s about loyalty between friends.

- THE END -

*************************************************************************************
Maaf atas penyiaran isi hati dari seorang rakan kita ini. Luahan perasaan dalam cerita ini bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa, tetapi saya cukup tertarik dengan permasalahan yang cuba ditimbulkan dari cerita terbabit. Mungkin ramai yang sudah muak dengan isu basi seperti ini di mana ada yang mengklaim diri mereka sebagai straight edge, tetapi apa yang dilakukan adalah disebaliknya pula. Ini bukan terjadi kepada sxe, tetapi golongan-golongan hardcore/punk yang mengaku diri mereka menolak segala unsur diskriminasi dan penindasan. Ada ramai rakan-rakan saya yang secara total bukan sxe (ramai juga pemabuk tegar) yang berasa kurang senang dengan tindakan sxe-sxe yang ada yang tampaknya diklasifikasikan sebagai fasis. Dan semakin terdapat jurang diantara mereka yang sxe dan tidak sxe tidak kira dari segi fahaman dan musik yang dibawakan. Oleh yang demikian, saya ingin mengajak sesiapa pun untuk berbahas dan berbincang mengenai sXe dan fasis. Juga permasalahan ‘hardliner’ yang tampak memburukkan keadaan dan konflik diantara sxe dan tidak sxe. Untuk isu akan datang akan ada lebih banyak survey dan perbincangan yang saya akan papar dan sajikan untuk semua. Bagi mereka yang mempunyai sebarang argumentasi dan pendapat serta pandangan mengenai isu ini, boleh turut serta untuk memeriahkan dan menyerikan lagi perbincangan ini. Saya akan menghantar set survey kepada mereka-mereka yang sXe dan tidak sXe secara personal email dan bagi mereka yang ingin turut serta, emailkan saya tentang keinginan untuk turut serta di prasastihujunglangit@gmail.com

*************************************************************************************

Kolum

November 29, 2005 / 12.21pm
Sekali lagi aku menyoretkan satu titipan hatiku yang ku pendam dan ku lalui. hari ini merupakan satu hari yang bersejarah buat aku. buat pertama kalinya, aku telah membuat keputusan yang sangat memedihkan hatiku. keputusan yang aku rasakan terbaik untuk menyelesaikan segala yang aku hadapi. dan untuk menjaga semua hati insan yang aku sayangi dan hargai. aku tak pasti kenapa, aku rasa aku memang akan kalah kalau aku memilih untuk bermain dengan api. seperti selalunya, aku pasti akan tewas, dan ini adalah untuk yang kesekian kalinya. terima kasih kepada Tuhan kerana masih memberi aku harapan untuk terus hidup dan berdiri dalam dunia ini. dunia yang sememangnya aku tahu memerlukan kita untuk memilih segalanya untuk kita terus hidup. tak usah mengatakan hidup ini tidak pernah adil atau hidup ini terlalu menyakitkan. hidup ini penuh cabaran dan cubaan.segalanya untuk menguji kekentalan dan keteguhan hati kita. segalanya untuk membuat kita semakin matang, memahami segala apa yang dimaksudkan dengan hidup. andainya hidup semudah kata, maka tidak akan ada permasalahan yang akan timbul. tidak akan ada sakit hati, tidak akan ada ketidak adilan yang dicetuskan oleh rasa cemburu dan hasad dengki yang sememangnya menanti masa untuk membakar dan memamah hati dan diri kita. permainan ini adalah satu pertarungan untuk kita merebut kehidupan dan harapan untuk terus berdiri dalam dunia yang sangat indah. dunia ciptaan yang maha Esa ini cukup luas untuk kita terokai dan harungi dengan tabah dan sabar. aku telah menetapkan dalam hati aku, aku akan tetap terus berdiri dengan lebih utuh lagi dalam aku melalui seluruh hidup aku.akan aku terus menghadapi segalanya ini untuk aku menjadi seorang insan yang bernama abdul mutalib. akan aku pastikan aku akan terus menjadi aku sekarang, dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. menjadi lebih kental, lebih tabah dan lebih cekal dalam mengharungi semua onak duri ini. akan aku cuba buktikan bahawa aku mampu menghadapi walau tinggi mana ombak yang bakal melanda aku.. akan aku tetap terus berdiri menahan segala permasalahan dengan lebih jaya dan gah. walau sekecil atau sekerdil mana pun aku, yang pastinya, aku tahu, aku mampu...setiap orang mampu untuk menjadi diri mereka, mampu untuk menghadapi segalanya.

Apa yang penting, kesabaran, keteguhan, ketetapan nurani yang kukuh dan tinggi. di sini, aku tatapkan buat kalian yang membaca, aku harus menjadi seorang yang tabah dan percaya akan diri dan kemampuan diri aku. keyakinan dan kepercayaan aku terhadap diri sendiri harus dipertingkat dan diperbaiki. aku sangat kenal diri aku lebih dari orang lain kenal diri aku. aku sentiasa memendam rasa, aku sentiasa menyimpan rasa sakit hati dan penderitaan ini, dan aku sangat pasti yang aku sangat memahami perasaan semua manusia yang memendam hati. aku dilahirkan untuk memahami orang lain, aku dilahirkan untuk menjadi seorang yang boleh memahami, tetapi mengapa tiada orang yang bisa memahami diri aku. mengapa pula selepas aku menemui seorang yang bisa memahami diri aku, ia tidak bisa aku miliki. mengapa nasib, masa dan keadaan masih belum mahu mengalah kepada aku untuk memberi aku peluang mencari harapan. mengapa aku diberikan hanya sedikit waktu untuk memiliki hatinya, mengenali dirinya, menemuinya, kemudiannya aku terpaksa melepaskan segalanya ini dengan hati ku yang sememangnya terguris. aku tak pernah menyalahkannya, aku sangat memahaminya. aku tahu betapa dia menyayangi diriku. aku tahu betapa sakit hatinya untuk membuat keputusan ini. aku tahu dan aku faham kerana itulah apa yang aku rasakan kini. itulah yang aku alami kini. apa yang dilakukan dan diputuskan olehnya adalah satu jalan terbaik yang harus kami pilih untuk menjaga hati semua pihak dan hati orang lain. kami tidak pernah ingin menjaga hati kami... kami tidak pernah memilih untuk menemui diri kami di sini. kami terpaksa memilih untuk ini. kami perlu kerana kami terpaksa menghadapi keadaan, dan kami memilih untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, walau kami terpaksa bermain dengan api, hati dan perasaan kami. kami tidak ingin menipu diri sendiri. kamilah insan yang terpaksa memilih untuk menjadi orang lain. memilih untuk mencari kehampaan dan kekecewaan yang kami harus akur dan terima dengan rela. dengan hati yang tulus ikhlas dan berbekalkan rasa cinta ini... aku memilih untuk keluar...memilih untuk merasakan keperitan hati... memilih untuk..................

prasastihujunglangit #01

BASI sebagai BASIS / ASAS !


Sangat menarik untuk memperkatakan hal kesibukan para rakan-rakan hadko pang yang lainnya dalam memperkatakan hal musik, komuniti dan pertunjukan besar atau kecil. Disini terlihat akan impak besarnya kepada komuniti hadko pang itu sendiri. Yang pada saya sangat menarik untuk diperbahas kerana ia bukan sesuatu yang berasaskan masa dan keadaan. Semua perkara asas yang dikatakan sudah BASI ini bagi saya sesuatu yang patut dititikberatkan dek hal kita hidup dengan berasaskan prinsip dan pegangan yang harus dimulai dengan akal serta idea-idea khusus. Walaupun ia tidak dinamakan prinsip atau idea khusus bagi sesetengah orang, inilah apa yang kita namakan asas bagi setiap perkara. Soalnya punk/hc itu membenci dan menetang sistem, tetapi sistem yang mana yang harus ditentang dan dibenci itu terletak ditangan mereka sendiri. Kerana setiap apa yang dilaksanakan itu sendiri adalah satu sistem, tetapi yang perlu dilawan ialah sebarang sistem yang menindas tidak kira secara sedar atau tidak sedar. Ya, LAWAN SISTEM YANG MENINDAS! Berfikiran logik dan bergantung kepada akal adalah lebih penting dalam memilih hala tuju keputusan yang ingin diambil. Suatu ketika dahulu, ketika saya baru berjinak dalam arena diy hc/punk ini, saya banyak dikejutkan dengan hal etika, kepercayaan, prinsip dan banyak lagi perkara asas yang harus dititik beratkan dalam mengular arus dunia subkultur ini. Ia bukanlah satu peraturan yang harus diikuti jika ingin bersama dan undang-undang asas, namum ia sendiri sebagai satu titik tolak untuk lebih mendisiplinkan diri, memberi kesedaran yang bisa saja tidak akan kita temui dalam kehidupan dunia normal(?) dalam komuniti lainnya. Sebagai contoh kesedaran tentang bahaya rasisme, sexisme, homophobic dan banyak lagi. Saya percaya saya mempelajari ia dari hc/punk dan ia adalah sangat saya akui akan kebenaran dimana mungkin tidak akan saya ketahui tanpa pengetahuan dan pendedahan yang mendalam. Jadi disini, saya ingin kita bersama menilai sendiri permasalahan pokok yang semakin kerap berlaku. Ia mungkin tidak lagi diendahkan kerana ramai merasakan semua isu dan permasalahan ini adalah perkara yang sudah basi dan tidak relevan untuk diperbincang dan ditekankan dalam komuniti dan kehidupan itu sendiri. Masalah seperti diskriminasi terhadap gologan gay/lesbian atau mungkin saya patut kata disini lebih kepada golongan gay sendiri. Masih hangat diperkata dan diperbahas oleh rakan dari Cinta Itu Buta mengenai diskriminasi dan penolakan total sebuah band indie tanahair yang menjadi kegilaan para remaja dan pendengar radio-radio tempatan. Hujan = Homophobic, saya melihat ini sebagai salah satu punca dari permasalahan perkara basi yang dianggap tidak relevan lagi untuk diperbincangkan oleh semua. Ia bukan masalah sama ada sesebuah band itu band indie atau hardcore, kerana saya ada mendengar satu statement dari rakan sebuah band hardcore yang mengatakan ia bukan masalah jika band indie itu sebuah band homophobic, kerana mereka bukan band hardcore. Oh, kedengaran seolah hanya band hardcore punk sahaja yang menolak homophobic, tetapi yang lainnya boleh. Kita bercakap soal hak asasi manusia hampir setiap hari. Ramai rasanya melaung anti perang, anti Amerika (apa? Ludah Amerika?) semua kerana diskriminasi yang dikenakan keatas orang lain. Tetapi pada masa yang sama anda semua berfikiran sempit dan konservatif dengan meletakkan pandangan buruk dan diskriminasi apabila seseorang itu memilih jalan hidup yang anda rasakan tidak normal dari biasa. Paling indah pula apabila ia hanya didoktrinasikan oleh fahaman cetek agama kamu dengan hanya menjelaskan bahawa agama dan tuhan kamu melarang secara total hal berkaitan. Konon katanya ia melanggar etika kehidupan dan norma kehidupan manusiawi. Aha, sangat cantik nampaknya. Tetapi bagaimana pula dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sebagai contoh apabila kamu cuba untuk meletakkan hukum yang memang secara total tidak sesuai dan mengancam kamu dalam kehidupan dogmatisme kamu di tempat lain, manakala menggunakan alasan/hukum agama yang lainnya sebagai salah satu solusi escapist kamu untuk melepaskan diri dari hukum yang lainnya. Anda pernah dengar yang mana kamu semua tidak boleh hanya mengikut satu hukum yang sesuai dengan kamu pada waktu itu, dan meletakkan hukum berlawanan apabila anda merasa kurang selamat dengan tindakan sebelumnya. Dalam isu gay/lesbian, kamu mengatakan ia adalah sahih haram, kamu mendiskriminasikan mereka dan menggunakan alasan agama sebagai batu loncatan untuk kamu menang dengan hujah kamu. Tetapi dalam waktu yang sama juga, anda melanggar hukum-hakam keagamaan kamu yang lainnya dalam kamu menghayati keseronokan kehidupan itu sendiri. Kamu menghalalkan perkara haram (? dogmatik kemanusiaan?) tetapi sangat menarik dan indah untuk dilakukan, tetapi bagi perkara lainnya yang tidak kena atau 'bukan' diri kamu, kamu secara total dan sahih mengharamkan nya, dengan alasan 'agama' sekali lagi. Mudahnya ia dapat kita simpulkan sebagai sistem sekularisme yang kamu dukung dan agungkan. Kamu gendongkan sistem sekularisme agama kamu itu apabila kamu meletakkan sesuatu hukum tetapi menolak hukum yang lainnya yang kamu rasakan tidak sesuai dengan kamu. Adakah maksud saya ini benar? Kamu Islam Kamal Artatuk barangkali dalam perumpamaan lainnya. Dan itulah yang kamu agungkan atas nama keislaman kamu itu? Gay tidak boleh, tetapi lesbian pula dihalalkan. Bagaimana pula dengan permasalahan ini. Adakah kerana anda seorang lelaki dan kamu tetap akan terangsang apabila dua orang gadis/wanita berhubungan seks dihadapan mata kamu jadi dengan hal yang demikian, kamu menghalakan orientasi ini. Adakah ini salah satu lagi cabang diskriminasi dalam homophobik? Sekali lagi nampak nya kamu menggunakan satu hukum, tetapi menghalalkan hukum yang lainnya. Ini akan sangat lucu pada pandangan saya, adakah anda melihat wanita/gadis sebagai satu objek seksual semata, dan oleh kerana kamu 'normal' kamu melihat gay pula dengan pandangan jijik. Dan mungkin satu lagi sebab dalam diskriminasi cabang ini adalah kerana anda ingin nampak cool dan lelaki sejati kerana menolak secara total hubungan gay ini. Dalam survey berikutnya, saya ada menghantarkan beberapa set soalan dimana salah satunya berkenaan dengan hal diskriminasi terhadap golongan gay/lesbian (atau dalam hal kali ini lebih ke arah diskriminasi keatas golongan gay!). Perbincangan ini akan tetap saya teruskan untuk isu akan datang diatas rasa prihatin saya untuk menidakkan kata BASI dalam isu yang akan tetap relevan hingga bila-bila masa sekalipun. Kepada mereka yang ingin turut serta memperbincangkan hal ini boleh hantarkan komen dan pandangan anda kepada saya melalui email atau myspace atau apa jua caranya. Saya sangat ingin untuk mendengar lagi mereka yang secara total menolak golongan gay/lesbian ini untuk memberi alasan dan perbahasan mereka mengenai isu ini. Ia akan tampak lebih menarik untuk mendengar dari dua belah pihak. Juga saya akan cuba untuk mendapatkan pandangan golongan ini sendiri mengenai isu ini. Jadi kita akan dapat satu lagi cabang perbincangan yang akan lebih menarik dan baik untuk sama dikongsikan sesama kita. Terima kasih kepada mereka yang turut serta memberikan komitmen mereka dalam survey yang telah dijalankan. Saya nantikan sebarang komen lanjut dari anda semua!! Hentikan diskriminasi keatas golongan gay mahupun lesbian dan bungkam kata alasan kamu jika ia hanya didoktrinasikan oleh alasan keagamaan kamu. Berhenti menjadi biri-biri dan menelan sebulatnya apa yang kamu baca dan pelajari dari guru dan orang tua mu. Fikir, ulas, fikir, bahas dan simpulkan dengan sebaiknya, bukan menelan sebulatnya. Domba itu bodoh secara total!

prasastihujunglangit #01