Thursday, January 15, 2009

Info - Cinta Itu Buta !!!

Homofobia sebagai salah satu ancaman dan kebodohan oleh mereka yang hanya pandai berselindung disebalik topeng keagamaan. Membutakan hati dan kebebasan di atas nama dogma dan moraliti serta hukum keagamaan. Terlalu menular dikalangan masyarakat timur yang beradab kononnya. Juga tidak terkecuali rakan-rakan dalam komuniti diy hc/punk ini sendiri. Bangkit dan beri peluang untuk diri anda berkomunikasi dan berfikir dengan lebih rasional dan tidak hanya didogmakan oleh kepercayaan. Fikir dengan lebih menyeluruh dan bebas tanpa diskriminasi. Alasan diciptakan bukan untuk dituding kesilapan, tetapi untuk mematang dan mencanangkan kebebasan semua.

-----------


Apa itu Homofobia?
Perkataan 'Homo' diambil daripada bahasa Yunani yang bermaksud 'sama' manakala perkataan 'phobic' pula membawa maksud 'mentakuti sesuatu atau seseorang' tetapi dalam Bahasa Inggeris ianya telah membawa maksud 'kebencian'.

Namun apakah sebenarnya maksud 'Homofobia' itu kini telah menjadi satu istilah bagi:
- prejudis terhadap homoseksual
- kebencian terhadap kumpulan gay atau homoseksual ataupun cara hidup atau budaya mereka
- perilaku atau tindakan berdasarkan kebencian ini
- perasaan benci terhadap homoseksualiti dan homoseksual

Apakah yang mendorong kepada Homofobia?
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada keinginan untuk mendiskriminasi gay dan lesbian, serta seterusnya memperkukuhkan status keistimewaan bagi golongan heteroseksual.

Antaranya ialah:
- mempunyai ketetapan kepercayaan agama yang tidak membenarkan seks dan/atau homoseksualiti
- mempunyai hanya sedikit atau tiada hubungan sosial dengan golongan gay dan lesbian
- tidak pernah mempunyai perasaan atau pengalaman homoseksual
- ketakutan terhadap mereka yang berlainan perasaan
- perasaan golongan heteroseksual yang memandang jelik terhadap idea aktiviti seks sejenis. Menganggap bahawa perilaku homoseksual ialah di luar tabii bagi mereka, sesetengah orang menyamakan perasaan ini dengan tanggapan bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang salah bagi sesiapa pun.
- perasaan homoseksual sebenar yang tidak boleh diterima atau dihadapi seseorang itu.
- kurang keyakinan diri yang menjurus kepada keinginan untuk membenci mereka yang lain.

Sifat homofobia peribadi selalunya disebabkan oleh penerimaan maklumat yang kurang tepat atau salah. Hanya sejumlah kecil sahaja kanak-kanak yang mendapat maklumat mengenai golongan lesbian, gay dan biseksual tanpa sebarang prasangka; terdapat ramai golongan dewasa yang berterusan berpegang kepada stereotaip-stereotaip yang telah mereka pelajari sewaktu kanak-kanak.

Homofobia interpersonal (perilaku gangguan atau diskriminasi individu). Mereka yang tidak yakin dengan seksualiti mereka sendiri atau berasa terancam dengan seksualiti sejenis akan lebih cenderung untuk menjadi lebih tegar dalam menetapkan apa yang "betul" dari segi seksual dan mungkin akan cuba menghukum atau memaksakan pasangan mereka terhadap golongan lesbian, gay, serta biseksual.

Homofobia yang diinstitusikan wujud disebabkan oleh sebahagian daripada persaingan merebut kuasa. Masyarakat kita akan meletakkan kambing hitam bagi mengekalkan status quo dan kedudukan mereka yang berkuasa. Kumpulan minoriti akan dipersalahkan untuk pelbagai masalah sosial dan ekonomi.

Homofobia melalui budaya sebahagian besarnya disebabkan oleh norma-norma sosial yang menentukan seksualiti mana yang "betul". Hubungan seksualiti sejenis adalah sama sekali dilarang atau ditakuti.

Adakah saya seorang Homofobik?
Berikut adalah contoh-contoh perilaku dan sikap homofobik yang dilakukan oleh kebanyakan daripada kita dalam kehidupan seharian:

- mengandaikan bahawa kita boleh "mengesan seseorang homoseksual".
- menggunakan perkataan seperti 'lembut', 'pengkid', 'bapuk', 'gay', 'lezzo' dan sebagainya untuk menghina seseorang.
- mengandaikan bahawa seorang rakan yang menyukai pasangan seks sejenis cuba untuk mengurat anda apabila mereka bersikap ramah dan mesra dengan anda.
- tidak mahu menghulurkan bantuan perangsang kepada rakan yang tertarik dengan seks sejenis apabila mereka putus hubungan dengan pasangan mereka.
- membuat komen tidak wajar atau biadap ataupun berasa jijik dengan eksprisi kasih sayang yang dibuat secara umum antara pasangan seks sejenis.
- berpendapat bahawa golongan gay, lesbian, biseksual, dan transgender adalah terlalu lantang membicarakan hak sivil.
- menganggap bahawa semua orang yang dikenali adalah heteroseksual.
- menganggap bahawa seseorang lelaku gay hanyalah seorang lelaki yang tidak dapat mencari teman wanita atau bahawa seorang lelaki yang secara rahsianya ingin menjadi seorang perempuan.
- menggap golongan biseksual adalah mereka yang keliru atau hanya ingin bermain-main.
- tidak mahu mempersoalkan komen homofobik atas alasan takut dilabel sebagai gay.


Bagaimana Homofobia boleh memberikan kesan buruk kepada heteroseksual?

Adalah jelas bahawa homofobia dan heteroseksime menindas golongan lesbian, lelaki gay, serta perempuan dan lelaki biseksual menerusi pertuturan dan gangguan fizikal secara individu dan perlakuan bersama yang mengakibatkan terjadinya pengaburan, ketidak-wajaran dan penindasan.
Namunpun demikian, homofobia dan heteroseksime juga boleh memberikan kesan buruk kepada golongan heteroseksual. Dengan mengekalkan definisi sempit perhubungan dan peranan jantina yang "betul", akan mengurangkan keseronokan perhubungan emosi dan interaksi seksual dalam apa jua bentuk diantara perempuan dan lelaki. Takut dianggap sebagai homoseksual akan membantutkan perkembangan tahap kemesraan dikalangan rakan-rakan sesama jantina. Ketakutan ini akan menyumbang kepada tekanan dan emosi yang tidak seimbang dan akan merosakkan perhubungan heteroseksual itu sendiri.
Homofobia juga akan memecah-belahkan institusi kekeluargaan apabila ibu bapa mendapat tahu bahawa anak mereka adalah lesbian, gay atau biseksual. Bukankah lebih baik untuk mengekal perpaduan sesama keluarga, jika sekiranya kita dapat menyokong dan menghormati setiap ahli keluarga tanpa mengira pilihan tarikan dan orientasi seksual mereka.
Di dalam masyarakat di mana pencapaian golongan lesbian, gay dan biseksual tidak diketahui umum ataupun dihina, golongan hoteroseksual akan hanya mendapat pandangan yang kabur tentang apa yang sebenarnya berlaku; mereka hanya sekadar dapat mempelajari pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh golongan lesbian, gay dan biseksual. Golongan heteroseksual sepatutnya boleh memperluaskan pengetahuan mereka jika dapat berhubung dengan golongan lesbian, gay dan biseksual.
Penidakkan kesaksamaan hak asasi bagi golongan lesbian,gay dan biseksual akibatnya akan langsung menghadkan hak asasi manusia bagi semua orang. Kerajaan-kerajaan yang paling banyak menindas rakyat berasaskan jantina, bangsa, etnik, pegangan agama dan kelas. Jika sekiranya golongan lesbian,gay dan biseksual boleh menjadi sasaran penindasan, sebarang kumpulan lain dalam
masyarakat juga boleh ditindas. Andainya kita benar-benar percaya kepada kebebasan dan hak individu, oleh itu kita sepatutnya menghargai semua orang dan keunikan di antara sesama yang banyak menyumbang kepada membentuk masyarakat plural ini.

Bolehkah Homofobia dipulihkan?
Menangani homofobia secara konstruktif pertama sekali memerlukan pengertian mengenai kewujudannya yang berlaku di mana-mana sahaja. Bukan mudah untuk kita menghapuskan perasaan homofobik, tetapi sekiranya kita mahu menerima bahawa kita semua mungkin adalah homofobik, dengan itu kita sudah boleh mula memikul tanggungjawab dalam menentukan pilihan dan seterusnya mengubah sikap kita.

Selain mengandaikan kehadiran homofobia, kita tidak boleh melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengenalpasti homofibia, dan bukannya homoseksualiti, sebagai masalah dipersoalkan. Dalam perbualan dengan sahabat handai atau rakan sekerja, berbincanglah mengenai homofobia. Bagi kebanyakan orang, waktu mereka hanya bercakap tentang lesbian,gay dan biseksual hanyalah dalam konteks membuat "lawak" homofobia.

- Fikirkan mengenai persamaan dan perbezaan di antara homofobia dengan bentuk penindasan yang lain. Gunakan pengetahuan anda mengenai isu perkauman, seksime, kalasisme dan sebagainya untuk memahami homofobia dengan lebih baik serta memahami homofobia dengan lebih baik serta mencari cara-cara dalam menghadapi homofobia.
- Dengari masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan lesbian,gay dan biseksual serta mengandaikan pengalaman mereka ditindas sebagai satu perkara yang sahih. Pada masa yang sama, andaikan bahawa cara golongan lesbian,gay dan biseksual menjalani kehidupan mereka adalah berbeza daripada golongan heteroseksual.
- Sokong secara aktif gerakan anti-diskriminasi dan juga kempen-kempen untuk menghentikan prejudis serta keganasan.

**************************************************

Sejak akhir-akhir ini, telah terdapat banyak percakapan tentang kenyataan homofobik yang dibuat oleh beberapa band di dalam scene. Kami sebagai sebuah gabungan dan kumpulan yang peduli akan perkara tersebut telah mengambil keputusan bagi melaksanakan kempen menentang sikap dan pandangan yang menindas seperti ini terhadap sesama manusia. Adalah menjadi satu percanggahan besar bagi mereka yang kononnya melaung-laungkan tema-tema cinta untuk tidak mengenal pasti bahawa cinta juga adalah untuk sesiapa yang menginginkannya tidak kira apa jua orientasi seksual mereka. Bagi membangunkan komuniti bebas yang lebih mesra dan erat, kita perlu berusaha memastikan diskriminasi dan kebencian dapat dihapuskan. Inilah yang seharusnya kita ketengahkan dan perjuangkan!!

**************************************************

kongsi/cinta/hormat

Satu usaha komuniti oleh gabungan jiwa bebas dan (bekas) masyarakat sivil.

www.myspace.com/cintaitubuta
cinta.e2.buta@gmail.com

prasastihujunglangit #01

No comments: