Thursday, January 15, 2009

Temuramah - Daighila !

Salah sebuah band emo violence atau mungkin ramai yang sebut screaming punk yang tidak asing lagi dikalangan peminat muzik diy hardcore punk Malaysia. Saya sangat tertarik dengan idea yang sering mereka sampaikan dan ke’ganas’an apabila mereka beraksi. Di anggotai oleh rakan-rakan dari Revolt And Chaos yang berlatar belakangkan band-band seperti At Least I Speak dan Infinite Delay, selamat datang ke dunia luar kawalan.

1) Terima kasih kepada rakan-rakan Daighila yang sudi menjawab temuramah ini. Pertama sekali, boleh perkenalkan diri masing-masing dalam kugiran ini. Latar belakang selain dalam kugiran ini.

Amie: Saya Amie selaku pemain gitar elektrik di dalam kugiran bernama Daighila ini. Saya takde keje.
Epit: Dulu saya main gitar sekarang saya main dram. Saya masih belajar sambil bekerja.
Duan: Namo den Duan, tadika kek kampong batu haha..selaku tukang jerit je.. Masih bekerja sebagai lembu di sebuah kilang membuat rokok di seremban.. tapi tak lama lagi mungkin berhenti haha..
Mudik: Aku Mudik selaku bassist, bekerja dengan ayah aku sebagai buruh binaan..aku kuat angkat simen.

2) Apakah maksud disebalik nama Daighila itu sendiri. Dari mana datangnya nama ini dan apakah tujuan penggunaan nama tersebut.

Amie: Tanyo Duan.
Epit: Tak de maksud kot. Sekadar “jargon” ciptaan Duan yang bodoh.
Duan: Erm..sebenarnya takde maksud ape pun,tak tau nak letak nama ape, nama cool-cool semua orang dah guna.. asal pada pertubuhan, seingat aku pada hujung tahun 2001..time tu kami pakai nama lain iaitu ‘melancholic’. Tapi macam tipikal sangat. Jadi kami tukar la. Ok?faham tak?
Mudik: Ntahla Duan...

3) Daighila adalah salah satu kugiran yang bernaung atau bersama dengan sebuah kolektif Revolt And Chaos yang pada awalnya berbasis di Seremban. Boleh terangkan misi atau motif penubuhan RAC dan gabungan kugiran dibawahnya. Boleh senaraikan kugiran-kugiran yang bersama dibawah RAC.

Amie: RAC ditubuhkan atas dasar setiakawan antara kami. Misi kami adalah untuk berseronok sesame sendiri. Ye kot.
Epit: RAC ni platform untuk berkenalan dengan kawan baru dan untuk lebih involve dalam scene. Ada label yang diuruskan RAC ni iaitu Third Arm Records. Paktua founder RAC dan bagi nama. Kira dia boss la. Kami ni kuli dia. Haha. Band yang terlibat adalah Blood On Wedding Dress, Devilica, Daighila, Infinite Delay, Foliage, At Least I Speak dan rakan-rakan. Dulu ada Days Of Tomorrow and Pintu Rintangan Api. Nak tau lebih lanjut pegi check www.revoltandchaos.com.
Duan: Tujuan RAC mungkin untuk berkongsi idea or pandangan dan mencari suatu benda yang baru dan lain dari orang lain..kira paktua la dalang semua benda ni haha.
Mudik: Berkongsi idea, pendapat dan mengeratkan persahabatan. Kalau luar pada Revolt and Chaos pun bole join jugak.

5) Saya sangat tertarik dengan banner berbentuk penyampaian mesej yang sering Daighila paparkan dalam setiap pertunjukan kecil yang Daighila sertai. Ini kerana, sudah sangat sukar untuk kita lihat ada kugiran yang masih ingin mementingkan mesej yang disampai. Dan juga pegangan atau kepercayaan seluruh kugiran mengenai sesuatu isu. Contoh, pada satu pertunjukan anda bersama Eucalypt, banner anda berbunyi; "Kami percaya bahawa hc/punk tidak harus mempunyai hubungan dengan media mainstream...", ia sangat menarik minat saya mengenai kugiran ini. Apa yang cuba anda semua sampaikan dan sejauh mana penyampaian mesej ini memberi keberkesanan kepada peminat dan pendengar anda.

Amie: Bermain dalam band diy tanpa kaitan dengan unsur-unsur mainstream bagi kami ialah basic fundamental dalam hc/punk. Ia adalah domain di mana kita bebas memilih cara dan tindakan kita. Bukankah hc/punk about resistance? How can you fight power if you depend on that power.
Epit: Mainstream media will try their best to suck your blood dry. That’s a fact. Tapi kalau kita “marketable” la. Kitorang tak “marketable” kot.. so should be no problem. hahaha
Duan: Media mainstream = propaganda. So tak payah kita cuba bermain dalam permainan-permainan mereka ;)
Mudik: Media mainstream boring :(

6) Sebelumnya, anda ada dijemput untuk bermain dalam sebuah pertunjukan kecil di Johor Bahru yang dinamakan "What you call BASI is the BASIC". Apakah yang anda faham tentang nama gigs tersebut? Salah satu kugiran dari Kota Singa iaitu Secret Seven dalam satu lagunya bertajuk BASICORE ada mengungkaikan permasalahan basi dan luput. Apa pandangan kamu mengenai isu-isu atau perkara asas yang patut kita titik beratkan dalam kehidupan seharian dan dalam hc/punk amnya. Adakah ini bermaksud bahawa hc/punk mempunyai aturan/sistem nya sendiri.

Epit: Gig tu untuk promote balik basic understanding pasal hc/punk kot. Lupa nak tanya Talib. Hehehe. Tapi it’s not ok to be ignorant. Hc/punk promotes critical thinking. Ia bukanlah satu system. Ia satu fahaman atau pegangan. Bukan hanya nama yang dipakai pada dahi. Itu pendapat saya.
Duan: Apa yang aku faham pasal tajuk tu, dia nak mengingatkan kita pasal apa yang kita faham masa mula-mula kita involve dalam diy hc/punk dulu, contohnya macam homophobic, racist, fascist, sexist..mungkin benda ni dah basi bagi segelintir orang yang malas nak fikir. Bagi aku penting.. Nanti budak-budak yang baru involve tak tau apa-apa.. bukan pada scenester saja. semua orang dekat muka bumi ni patut ambil kisah. Jadi tak salah kalau benda ni berulang kali di katakan.
Amie: Pada aku perkara basic itu penting dlm kehidupan seharian seseorang individu, untuk mengingatkan diri sendiri supaya memilih jalan yang betul, manusia semua adalah setaraf, respect antara satu sama lain. Hc/punk adalah tempat untuk aku menjadi bebas untuk bersuara, meluahkan perasaan dan berseronok. Kalau hc/punk mempunyai aturan/system, bagaimana aku nak bebas dari melakukan apa yg aku nak buat. Nanti kene pulak ikut peraturan. Ishk, susah.
Mudik: Pengetahuan asas tu penting, walaupun berulang ulang kali di ingatkan. Dan tiada istilah basi bagi aku sekalipun.

7) Jika dilihat dan di imbas kembali, beberapa tahun kebelakangan ini sangat banyak pertunjukan/gigs yang dianjurkan tidak kira di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, malah di Perak, Sabah, Melaka dan Seremban juga. Ia diselang-selikan dengan pertunjukan dan pameran seni dari banyak kumpulan-kumpulan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Apa pandangan anda semua dari segi positif dan negatifnya (jika ada). Saya menyaksikan bagaimana kugiran/kugiran yang dahulu nya teguh dengan etika musik dan idea-idea juga semakin bertoleransi dengan media dan kumpulan-kumpulan seni. Jika dilihat juga, ada segelintir kumpulan-kumpulan ini yang disponsor/taja oleh pihak-pihak tertentu. Tidak kurang juga kugiran-kugiran hc/punk yang sudah boleh bermain di gigs/konsert-konsert besar yang terang ditaja oleh MNC atau syarikat telekomunikasi misalnya. Komen lanjut.

Epit: Dulu kitorang start buat band sebab suka dengar Fingerprint. Sekarang “segelintir” budak-budak buat band sebab banyak sangat tengok MTV “kot”.hahahaa. Banyak band bagus jugak. Tapi kalau banyak band lebih kurang je macam band lain boring jugak kan? Toleransi dengan media? Hmmm… Ntah la. Ada eh orang macam tu sekarang? Macam orang ludah jilat balik la. Betul tak? Ke aku salah? Ntah la.
Duan: Bagus la kalau ada banyak band-band baru muncul,takde asik nampak muka-muka sama je yang pergi gig hehe. Tapi betul jugak kata kau tu, bak kata Dato SM Salim..”dulu lain sekarang sekarang lain” so stay true, jangan jadi poser macam kami. Takde hal la kalau aku tak dapat main show, sponsor besar-besar pun..main dalam dapur pun takpe..
“free space.. self autonomy, no money maker..no crap restriction. Till dawn we dance.. No more regulations in our own space… we sharing our dream!! collectively we run!! We can make it ourselves..DANCING IN OUR OWN SPACE!!” – Suara Anak Muda.
Amie: Kenape main gigs/ konsert-konsert besar yg ditaja oleh MNC atau syarikat telekomunikasi??.. kan ini “hc/punk”..hc/punk for fun.. bukan untuk duit..
Mudik: Dah tak special la show aku main nanti kalau ditaja oleh MNC dan syarikat komunikasi, aku rasa diriku dijual. Macam dah lari dari tujuan asal je tu…

8) Hardcore/punk berasaskan dari cetusan musik dan fesyen dari My Chemical Romance. MCR telah membawa impak yang sangat besar dalam scene hc/punk di dunia dan Malaysia amnya. Ia seolah menyimpulkan hc/punk kini adalah satu ikutan/trend yang sangat menarik/cool untuk diiukuti. Fesyen rambut, pakaian, genre musik nampaknya benar mengikut acuan pihak kapitalis yang terus membudayakan remaja dan masyarakat untuk terus mengkonsumsi barangan dan produk mereka. Adakah Daighila dan rakan-rakan di Revolt And Chaos berpendapat hc/punk satu trend menarik dan apa cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Epit: Gitar pemain gitar MCR yang rambut keriting tu lawa. Gibson ke apa ntah. Dapat gitar macam tu best jugak.
Duan: Hahaha memang la cool, tapi kejap jela sebab trend..dah letih esok diaorang stop la cari trend lain yang lagi cool. Eh MCR tu hc/punk ke? Cadangan aku tak payah la ikut orang, jadi diri sendiri lagi bagus.
Amie: Hc/punk bukan satu trend , hc/punk is serious business. Hc/punk adalah counterculture.
Mudik: Cool la sangat MCR tu.. Nidji lagi cool hahaha. (Huhuhu, yeah diorang memang 'sejuk' dan sangat keren! -ed)

9) Satu lagi ikutan/trend yang lebih menarik ialah; penubuhan kembali/reunion oleh band-band lama yang dahulunya telah terkubur. Tidak kira atas alasan apa pada dahulunya, sama ada telah berundur dari scene atau apa jua alasannya. Adakah ia sesuatu yang menarik kerana kita dapat menyaksikan kembali band-band yang kononnya hebat pada masa yang lepas. Atau penubuhan kembali ini adalah kerana hc/punk telah menjadi sesuatu yang cool kembali? Apa yang terkadang menjadi masalah ialah, sikap segelintir dari mereka yang menolak idea-idea yang pernah mereka dukung dahulu tanpa ada penjelasan yang lebih teratur.

Epit: Ada 2 teori yang saya dapat timbulkan. Pertama mereka sangat passionate terhadap hc/punk hingga tidak dapat melupakan memori ketika aktif dahulu. Semangat hc tu meluap-meluap hingga sekarang untuk bermain musik hc/punk. Dan mereka mengambil masa untuk berehat sebentar dan menguruskan hal peribadi masing-masing. Satu lagi teori, dulu mereka boring kerana tak ramai yang sudi menyokong mereka. Atau hilang semangat. Tapi lepas hc dah keluar tv, mereka pun mendapat satu wahyu untuk bergiat akitf semula. Saya pun tak faham apa yang saya cakap.
Amie: Trendy la tu.hehe..penubuhan kembali,best tu..leh tgk band lame-lame blik..
Duan: Itulah pasal dulu cakap lain sekarang cakap lain ishh... itu terpulang dekat diaorang, aku tak kisah pun. Kalau dia anggap hc/punk macam tu…yang penting aku bukan macam tu.
Mudik: Lepas ni aku nak jadi grunge sebab lagi cool..aku dengar nirvana nak reunion balik? Betul ke kurt cobain hidup balik?? hahaha…asik-asik tribute nirvana je budak-budak malaya ni…

10) Perkongsian idea dan persahabatan dalam scene pada waktu ini tidak hanya terbatas kepada genre musik semata, malah setiap band telah turut sama untuk berkongsi pentas bersama band yang dahulunya mempunyai masalah idea/fahaman/pandangan. Dalam kata mudah, hc/punk bukan satu idea/musik yang menolak media/sistem mainstream. Ia adalah genre dan musik yang sangat sejuk/cool untuk golongan muda. Setuju? Berikan alasan.

Epit: Memang la hc/punk cool. Sebab tu MTV jual. Haha...
Duan: Stand la dengan ape yang kita percaya dulu. contohnya media tv.. tv hanya tunjuk hc/punk sebagai trend yang cool. Bukannya satu jenis resistance atau tentangan budaya seperti yang kebanyakan kita faham.
Amie: Hmm,cool..
Mudik: Itu yang sedang berlaku pada zaman sekarang ni,nampak kan?dia lebih kurang macam recycle balik..ikut zaman dulu-dulu tu. Tapi jangan risau, aku percaya masih ada anak-anak hc/punk zaman sekarang yang masih percaya pada pegangan yg mereka dukung iaitu diy. Jadi kuatkan semangat dan jangan salah mengikut landasan. Rajin-rajin cari pengetahuan dan jangan bermalas-malasan.

11) Sikap ELITIST/AGEIST merupakan salah satu masalah yang semakin menular dan mencengkam scene hc/punk. Ramai diantara aktivis-aktivis hc/punk yang aktif semenjak dahulu lagi terlalu menimbulkan dan melaksanakan diktator kuku besi mereka agar mereka dihormati dan dilebihkan dari semua segi. Terdapat antara mereka tidak mahu bercampur dengan mereka yang baru ingin menceburi atau berjinak dalam hal musik dan hc/punk ini. Pada pandangan anda semua, apakah punca permasalahan ini dan adakah ada solusi atau cara mengatasi.

Epit: Oh…ada ke orang macam ni? Banyak orang dah lama dalam scene yang sudi kawan dengan saya. Ntah la… Saya suka berkawan dengan semua orang. Tapi kalau orang tak nak kawan dengan saya nak buat macam mana? =(
Duan: Newcomer atau oldtimer adalah sama dan tiada beza..saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Cara mengatasi senang sahaja..mari kita tegur menegur, berbincang dengan apa yang kita keliru hehe :)
Amie: Aku rase same je sume org..bertegur sapa la..respect antara satu sama lain..hehe.. Baru meriah beb!!Sekian sahaja untuk kali ini.
Mudik: Newcomer/oldtimer sama je. Samarata ok?


( Ucapan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan di Daighila kerana sudi menjawab temuramah ini. Sangat menghargai kerjasama dan jasa baik untuk turut serta dalam PHL #1. Juga saya ingin merakam sedalam-dalam simpati terhadap apa yang terjadi kepada mereka saat mereka sampai di Australia untuk tour sulung mereka di sana. Di harapkan anda semua tidak akan berputus asa di atas apa yang berlaku. Terima kasih juga untuk terusan berdiri dengan etika dan pendirian yang kukuh walau ribut kebutaan terus melanda hc/punk di Malaysia ini. Mari kita untuk tetap terus berganding bahu memberi satu idea hakiki tentang moraliti yang terus menghunjam scene di sini. Jika anda bermain dalam permainan mereka dan anda menang, anda sememangnya telah menjadi pecundang yang sebenarnya! Contact Daighila di myspace mereka dan dapatkan juga koleksi terbaru dari mereka yang baru diriliskan oleh Third Arm Records!)

prasastihujunglangit #01

No comments: