Thursday, January 15, 2009

Survey !!!

01. Apa pandangan anda mengenai golongan gay/lesbian. Sejauh mana anda percaya bahawa semua manusia mempunyai hak untuk memilih jalan hidup dan kepercayaan mereka tanpa ada diskriminasi dan penidakkan hak mereka. Apa pula pandangan anda mengenai golongan yang membenci dan menentang golongan gay/lesbian ini, atau golongan ini juga bole diklasifikasikan sebagai HOMOPHOBIK. Pandangan bagi mereka yang menggunakan alasan agama untuk menentang perkara yang mereka namakan masalah sosial atau wabak. Di mana agama dijadikan teras dalam menjatuhkan hukum keatas golongan gay/lesbian. Mengapa pula bila timbulnya isu ini, agama dijadikan pedoman, walhal untuk hal yang lainnya hukum/hakam agama tidak pernah diendahkan. Hardcore/punk tetapi homopobik? Apakah punca permasalahan ini, samada kurang diskusi, pemahaman, pembacaan, penyebaran atau perkongsian idea.

02. Dalam kita meniti hari gemilang dan kemuncak aktif scene, kita digemparkan dengan masalah rasis dan xenophobik. Apa yang anda faham dengan dua perkataan tadi dan sejauh mana anda percaya bahawa di Malaysia masalah rasisme ini sangat kritikal. Pada masa yang sama, ramai rakan-rakan hardcore/punk yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan satu pergerakan/pertubuhan yang dikenali sebagai PEKIDA. Di mana pertubuhan ini memperjuangkan hak bangsa mereka, dan pada masa yang sama, menidakkan hak asasi bangsa lain serta cuba untuk menimbulkan sentimen perkauman dalam hardcore/punk dan kehidupan. Punk/Hardcore tetapi PEKIDA. Logikal dari persamaan ini pada pemikiran kamu di mana telah sedia maklum bahawa hardcore/punk menolak sepenuhnya unsur-unsur pendiskriminasian dan sebarang bentuk penindasan.

03.Hardcore/punk selepas umur 30 atau mungkin lebih tepat selepas berumah tangga. Apakah anda percaya hardcore/punk itu bukan satu hentian untuk golongan muda untuk mencari satu alternatif yang nampak 'sejuk'? Sejauh mana pula anda percaya hardcore/punk ini satu idea yang baik yang bukan berlandaskan umur semata. Jika anda lihat seorang hardcore/punk datang ke gigs dengan membawa anak-anak, adakah anda merasa pelik atau yang lainnya? Ceritakan juga pengalaman anda berkecimpung/ mendukung idea yang sama walau usia terus dimakan waktu. Juga mengenai mereka yang mula hilang/lenyap atau boleh saya sebutkan tewas dalam perjuangan dengan alasan umur mereka tidak memungkinkan segalanya. Dan alasan pulang ke pangkal jalan dimana mereka menjilat kembali apa yang telah mereka ludahkan dahulunya.

04.Pada waktu ini juga, banyak kita saksikan band-band hardcore punk semakin bisa untuk bertoleransi dan bersama-sama dengan band-band indie untuk berkongsi stage/pentas. Jika dahulunya ia akan menjadi isu yang sangat hangat, namun tidak untuk generasi urban ini. Bagaimana idea yang didukung dan dipercayai sekian lama pada waktu sebelumnya. Ada pula kita saksikan band-band hardcore/punk boleh bersama berkongsi pentas dengan sesetengah band yang terang mempromosikan idea homophobik dan rasisme. Apakah pula maksud sponsor gigs/band dalam konteks diy hardcore punk yang kamu fahami dan persetujui.

-----

Semua soalan diatas telah saya hantarkan kepada rakan-rakan untuk dedikasi isu pertama ini. Pelbagai masalah yang saya rasakan semakin bernanah didalam komuniti hardcore/ punk itu sendiri yang konon katanya menolak secara total segala unsur penindasan dan diskriminasi. Juga permasalahan pokok berkenaan etika-etika atau idea asas hc/punk itu sendiri yang semakin dilupakan dan diabaikan barangkali. Atau mudah dikata sebagai LAPUK dan BASI. Tetapi inilah punca sebenar segala kejahilan dan ignorasi semua yang ada. Saya cuba untuk membangkitkan kembali semua ini dengan harapan akan bersambungnya komunikasi dan perbincangan antara kita semua. KOMUNIKASI BUNUH KEJAHILAN!! Menjadikan hardcore punk satu ancaman dan budaya berlawanan kembali. Hantarkan pandangan dan jawapan anda kerana survey ini akan berterusan. Terima kasih kepada mereka yang telah turut serta dalam survey ini. Kerjasama anda sangat saya hargai. Mari kita bangkit dari tidur yang lena.

---------

GAPUR | Feb 20, 2008 6:39 PM
erm...mau di jawab ya??ok im try:)

01. Erm...pandangan mengenai golongan gay / lesbian?? ok..setiap manusia punya hal yang berbeda dari bentuk fikiran, kemahuan dan berhak memilih apa yang dia inginkan. karena apa?karena mereka juga manusia yang punya rasa, cinta dan hati.so??manusia bebas!!
sesetengah individu yang membeci golongan mereka?erm..itu juga manusia berhak berpendapat sendiri, sama ada suka atau pun tidak. tetapi!! kaum yang selalu mendiskriminasikan kaum gay/ lesbi, di namakan homophobic. dan homophobic adalah manusia yang beranggapan bahwa kesonsangan adalah hal yang tidak wajar.rite? tetapi sejauh mana fikiran mereka tentang rasa yang ada dalam setiap individu gay/ dan lesbi itu.
Agama adalah adalah sistem dalam menentukan jalur hidup kita. Ada slogan NO MASTER, NO GOD, NO SLAVERY. ok..anarkis adalah fahaman yang menitik beratkan kepentingan individu, manusiawi dan, hokum. Jadi anarki juga tidak pernah menghalang untuk memeluk agama bukan?? Hakim bey adalah salah seorang anarkis teolog muslim. tolstoy seorang anarkis kristiani. dan mereka bisa saling menghormati ketika berada si sekeliling mereka yang berbeza agama..bener toh hidup dengan sebuah perbezaan adalah indah.Tuhan dan diri kita?? percaya atau tidak sama tuhan adalah hal yang di yakini individu..kalau aku masih percaya bahwa tuhan itu ada dan tuhan itu wujud. Tuhan menciptakan apa yang ada di bumi,dan termasuk lah kesongsangan dalam keinginan. toh tuhan maha adil. Tuhan juga bisa mengerti bahwa kesonsangan dari kaum itu ( gay / Lesbi ) adalah hak mereka..jadi, itu adalah antara mereka dan Tuhan. Dan kita sebagai manusia, saling menghormati.

H/C punk?? BAND! BAND! BAND!!! Diam dan duduk diskusi band! hanya itu. Dan terkadang ada specis homophobic yang berkeliaran di dalam scene hc/ punk itu sendiri. Gay/ lesbi dalam dunia/hc punk itu telah ada sudah lama sebelum kita mengenali hc/ punk itu sendiri. kenapa terciptaya sebuah budaya punk? karena munculny sebuah resistansi dari kaum muda yang beranggapan dunia kian mengancam kehidupan.yeah!!sistem dan penindasa politik. di situ lah lahirnya anarkis kontemporer. Jadi hc/ punk adalah wadah kita dalam menghargai sesama, dan di dalam scene hc/ punk juga kita dapat melihat minimalis kaum anarkis.

02. Xenophobic ( anti orang asing)... kalau tanpa orang asing. kita ga akan maju-maju. pekida?? gerakan rasist yang berfahaman agama. cuba tanya mereka atau suruh mereka hafal hadis dan yasin atau ayat kursi. faham ga mereka. Yang mereka tau hanya menjadikan sebuah kelompok penjatah yang di legalkan oleh sendikat nepotisme milik abdullah badawi. kalau di Indonesia namanya FPI ( forum pemuda Islam) yang berani nya menindas kaum lemah dan miskin. dan hanya terdiam dengan kaum koruptor dan penjahat yang membunuh bangsa. PEKIDA FPI sama2 ANJING!!!

03. Selepas umur 30 atau sudah bekeluarga..hc/ punk kelihatan seperti indah dan semangat makin membara.kekeke...
no la...setlah bekeluarga, kita akan lebih memikirkan 2 hal, yaitu, diri kita dan family.so apa yang dapat kita lakukan dan aktif ke scene??? caranya.. ya bisa lebih aktif menulis dirumah, berkreativitas d,i,y dirumah dan duit adalah segalanya untuk mencukupi kebutuhan. betul ga??? jangan bilang tidak, karena kamu berbohong kalau duit itu tidak penting.!!

Dan satu lagi... punk tidak pernah mengkotonomi kan ada hc/ punk, street punk,dan pang not det apala...kekeke...punk ttap punk.dalam satu komunitas!!! bentukkan kelompok diskusi..pasti lebih indah..ga percaya cuba!!!!

04. SPONSOR, SATU panggung dengan indie..?? kekekekee
kapan mau maju, indie singkatan dari indipendent.??sejauh band indie masih bisa menentukan paham mereka untuk tidak ke major sah2 aja..sekarang cuba kita fikirkan...kita ada dalam konteks d.i.y. rite. jadi selagi band indie masih tetap indie dan masih main di gigs tanpa sponsor. itu tetap dinamakan d.i.y.
band??apa itu band. bagi aku band adalah media yang paling relevan utk propaganda. percaya tau ga ..terserah..bagi aku, musik adalah propaganda yang paling mudah di cerna oleh individu yang lain. Sponsor?? selagi mereka tidak mencari atau memanfaatkan kita untuk keuntungan mereka caranya adalah.kita pula mencuri dan memanfaatkan mereka utk acara kita!!betul ga???kakakakak

panjang aku ketik ya..udahan dulu ya..kalau ada salah silap, komen la kembali ke aku ya??:).salam sayang
- gapur - | JA-SAGEN BATAM


---------------------------------------------

Ahmad Izani KERENANEKO/OSMANTIKOS | Feb 26, 2008 3:51 PM

1. Gay/lesbian atau secara ringkasnya; homoseksual adalah perbuatan seks yg dilakukan antara jantina yang sama iaitu gay; antara lelaki dan lelaki dan lesbian;antara perempuan dan perempuan. Seks yang dilakukan adalah secara rela,suka sama suka, perasaan cinta dan kasih sayang. Tiada sebarang unsur paksaan di dalam perhubungan. Wujudnya golongan gay, maknyah, pondan, penkit,lesbian, tomboy, transeksual dan lain-lain adalah atas dasar kehendak dan kemahuan diri mengikut naluri kata hati diri sendiri. Jelas menunjukkan tiadanya unsur paksaan pada individu itu sendiri. Jika dilihat secara saintifik pula, terdapat beberapa penyakit yang melibatkan kecacatan genetik itu sendiri yang memberi kesan kepada sifat kewanitaan atau kelakian yang abnormal kepada individu terlibat atau dinamakan mutant. Antaranya ialah kecacatan pada kromosom 47 iaitu kromosom seks yang menentukan hormon seseorang individu terlibat yang memberi kesan kepada pembawakan imej atau naluri yang berbeza contohnya penyakit klinifelter dimana kromosom yang membawa ciri kewanitaan didapati terdapat berlebihan pada individu lelaki manakala Turner syndrome adalah penyakit yang terdapat dikalangan wanita dimana kromosom yang membawa ciri kewanitaan kurang pada individu wanita itu sendiri menyebabkan individu yang terlibat kurang bersifat kewanitaan dari pelbagai segi baik fizikal mahupun mental. Ini menunjukkan wujudnya kecacatan atau disorder yang berlaku pada sesetengah individu dimana ianya bukanlah perasaan yang dibuat-buat atau disengajakan sebaliknya ianya adalah sejenis penyakit dan berlaku secara semulajadi. Berbeza jika dilihat pada isu liwat, rogol, cabul dan sebagainya. Ianya dilakukan secara paksaaan dan dilihat sebagai kecaman kepada hak asasi manusia tidak kiralah ia dilakukan bertentangan jantina, sama jantina, sama umur, berlainan umur dan sebagainya. Pada pendapat saya, hakim sebenar ialah diri kamu sendiri. Tidak perlu menghakimi sesuatu subjek mahupun objek. Saya percaya akan “internal judgment” yang ada pada setiap manusia yang mempunyai fikiran waras. Buatlah apa sahaja, setiap individu itu tidak akan berubah atau berganjak dengan pendiriannya kerana masing-masing sebenarnya bertindak berlandaskan “internal judgment” mereka sendiri. Suka saya katakan disini bahawa saya tidak menentang segala bentuk perhubungan antara sesama manusia, penampilan seseorang individu itu mahupun segala bentuk perhubungan seks yang dilakukan asalkan ianya dilakukan secara dua arah dan kehendak sendiri. Itu adalah hak semulajadi yang ada pada setiap individu.

Saya sebagai manusia yang tiada bezanya taraf dikalangan manusia lain tidak berhak untuk menentang, membenci, mencerca, menghalang, menghapuskan atau memandang rendah terhadap individu yang terlibat dengan situasi yang dibincangkan. Itu adalah pilihan sendiri dan saya percaya akan pilihan masing-masing. Berlainan pula pada situasi sekiranya sebagai contoh, jika seseorang lelaki yang bersifat kewanitaan dan mempunyai hawa nafsu atau naluri kepada pasangan lelaki, mengecam atau memberi kecaman pada seseorang individu itu dengan paksaan untuk melakukan hubungan seks semata-mata untuk memuaskan nafsu sebelah pihak sahaja dan ianya adalah atas dasar paksaan, jelas menunjukkan telah berlakunya ketidak adilan dan pencabulan hak asasi manusia. Konsep yang sama sebenarnya jika kita lihat pada isu pencabulan,jenayah rogol,liwat dan sebagainya. Semuanya jelas menunjukkan pertentangan mengenai hak. Saya menentang habis-habisan sebarang bentuk penidakkan atau kecaman terhadap hak asasi seseorang individu. Di Malaysia khususnya, kita amat dipupuk dengan nilai keagamaan dan tradisi yang diciptakan oleh pihak tertentu demi menjaga nama baik atau kepentingan pihak tertentu itu sendiri. Sebagai contoh, tradisi orang Melayu amat memberi kesan mendalam terhadap corak pemikiran individu Melayu itu sendiri sejak dari kecil samada individu itu sedar atau tidak. Tradisi seorang lelaki Melayu harus mencari pasangan perempuan yang lebih muda umurnya atau sebaya sebagai calon isteri atau pasangan hidup menjadi tunggak atau panduan hidup masyarakat Melayu. Jika terdapat pasangan yang melanggar tradisi ini, maka adanya penentangan hebat tak kira dari pihak keluarga pasangan terbabit mahupun masyarakat Melayu sekeliling. Ianya menjadi satu keaiban bagi pasangan terbabit sekiranya melanggar tradisi Melayu yang diterapkan sejak kecil. Begitu juga keadaan bila wujudnya perasaan prejudis, benci, jijik dan sebagainya yang ada pada setiap individu yang cukup nilai-nilai mulia tradisi dalam dirinya terhadap golongan homoseksual ini. Tidak hairan sebenarnya jika kita lihat ramai dikalangan masyarakat Malaysia umumnya, masih mempunyai perasaan sedemikian terhadap golongan homoseksual sedangkan mereka ini langsung tidak mengenali atau pernah mempunyai pengalaman dikecam oleh golongan homoseksual. Perasaan prejudis berbeza sedikit jika dibandingkan dengan perasaan benci dan jijik yang biasanya disusuli dengan perbuatan, tingkah-laku, pertuturan yang meluahkan segala isi hati yang terpendam atas dasar perasaan mulia. Golongan yang benar-benar mulia dan phobia terhadap golongan homoseksual atau secara ringkasnya; homophobia ini biasanya akan memberi kecaman hebat terhadap golongan ini dan seboleh-bolehnya ingin menghapuskan terus golongan hina yang mereka fikirkan tidak layak hidup di dunia ini.

Ingin saya katakan disini, golongan homophobia yang bertindak sedemikian jelas menunjukkan keangkuhan mereka terhadap diri sendiri sehingga lupa bahawa mereka adalah manusia yang sama tarafnya dengan mana-mana manusia lain serta lupa akan hak asasi semulajadi setiap individu untuk hidup. Mereka menjadi begitu jahil dan kembali kepada zaman primitif dimana manusia hidup berlandaskan perasaan mulia dan kekuatan yang ada. Sesiapa yang kuat dan mulia, berhak menghapuskan golongan yang lemah dan hina di mata mereka. Ingin saya tekankan disini, perasaan mulia dan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh tradisi sebenarnya tidak pernah wujud dan benar. Ianya hanyalah satu dogma dan pembohongan demi untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak semata-mata. Tiada bezanya manusia. Tiada mulia, tiada yang hina. Tradisi dan corak pemikirannya tidak pernah relevan sebaliknya menjurus kearah kejahilan seseorang individu. Agama adalah kepercayaan masing-masing. Saya percaya setiap individu yang memeluk sebarang agama yang difahaminya tahu tujuan mereka. Agama bukanlah menjadi platform untuk seseorang itu menghakimi individu lain. Ianya lebih ke arah pembentukan diri, disiplin dan spiritual. Setiap individu yang benar-benar faham akan Agama yang dianutinya seharusnya tidak menutup pemikirannya dengan membenci individu lain tanpa sebab serta menidakkan hak asasi manusia untuk hidup. Saya percaya, individu yang memberi alasan Agama sebagai senjata mereka memerangi golongan homoseksual sememangnya sudah ditutupi pemikirannya dengan sifat angkuh dan jahil. “Manusia akan membenci apa sahaja yang tidak diketahuinya”. Suka saya mengambil petikan ini daripada kata-kata tokoh ilmuan yang benar-benar faham mengenai Agama yang dianutinya iaitu Imam Al-Ghazali. Kata-katanya bagi saya tepat dan bersesuaian untuk saya jelaskan berkenaan hal ini. “Manusia akan membenci..”; bagi saya ianya merujuk kepada golongan homophobik manakala “..apa yang tidak diketahuinya” adalah merujuk kepada golongan homoseksual, perasaan mereka, naluri mereka serta hak mereka. Mudah bukan? Cuba bayangkan sekirangan terdapat golongan homophobia yang ahli keluarganya, sahabat baik atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan mereka adalah sebenarnya mengamalkan homoseksual, adakah tentangannya terhadap golongan homoseksual makin bertambah hebat atau sebaliknya? Tentunya masing-masing mempunyai akal fikiran yang waras untuk memikirkan dan menilainya. Terpulang. Punk tetapi homophobik = kejahilan!

02. Punk tidak pernah wujud dalam bentuk perkauman kerana jelas idea punk itu sendiri menolak diskriminasi antara kaum. Racist atau dalam bahasa Malaysianya ialah orang yang prejudis terhadap kaum lain atau kata lainnya golongan yang bersifat perkauman tidak kiralah melalui tindakan atau pertuturan mereka. Manakala xenophobic pula adalah perkataan yang diambil dari bahasa Inggeris yang membawa maksud golongan yang mempunyai prejudis terhadap orang asing atau warganegara luar yang datang ke tempat mereka. Kedua-duanya jelas mempunyai persamaan dari segi adanya prejudis terhadap golongan lain yang didorong oleh perasaan benci, superiority, mulia dan takut kepentingan atau hak golongan/ kaumnya terancam oleh golongan/ kaum lain. Masalah racism atau perkauman ini telah menular di Malaysia sejak penubuhan kerajaan UMNO/ Barisan Nasional selepas kemerdekaan Malaysia bermula pada tahun 1957. Sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum, kerajaan itu sendiri tidak seharusnya mempunyai sifat perkauman atau ingin membela nasib/hak keistimewaan sesuatu kaum atau bangsa sahaja. Ia sama sekali telah melanggar konsep demokrasi serta konsep kerajaan yang multiracial. Sifat inginkan keistemewaan lebih daripada kaum lain di negara yang dikatakan tanah ibunda mereka tidak sepatutnya wujud. Malaysia tidak dimiliki oleh sesuatu pihak/ kaum sahaja, tetapi Malaysia adalah milik bersama. Jika dilihat sejarah awal penubuhan Tanah Melayu ketika itu, hampir semua penduduk rakyat Tanah Melayu adalah pendatang asing yang datang dari merata tempat seperti Indonesia, India, China, Kemboja dan pelbagai tempat lain. Selebihnya ialah penduduk peribumi di sini yang rata-ratanya masyarakat asli. Tujuan perpindahan ini sudah semestinya untuk mencari penempatan baru, kawasan jajahan baru, peluang pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya. Hasilnya, wujudlah masyarakat majmuk di Tanah Melayu yang terdiri dari pelbagai kaum. Tiada sesiapa pun seharusnya menuntuk hak yang istemewa di Tanah Melayu kerana ianya milik bersama dan seharusnya dibangunkan bersama-sama tanpa perasaan prejudis, perkauman, superiority dan sebagainya. Tetapi, apa yang berlaku sekarang, Malaysia telah dipegang oleh sebuah kerajaan yang majoritinya terdiri dari satu kaum dan masing-masing ingin menjaga hak keistimewaan kaumnya sahaja sehingga bertindak tidak adil dan saksama terhadap kaum lain. Selepas penjajahan British, UMNO telah mengambil alih tampuk pemerintahan di Malaysia hampir 50 tahun. Tidak pernah lagi parti politik lain berpeluang untuk menerajui pemerintahan sejak 50 tahun ini. Ini jelas menunjukkan kelemahan demokrasi itu sendiri.

Berbalik kepada isu perkauman, kerajaan UMNO jelas mempamerkan kepentingan menjaga hak Melayu sejak tertubuhnya parti ini oleh Dato’ Onn. Perjuangan UMNO jika dilihatkan dari dahulu bukanlah demi kebebasan Tanah Melayu daripada penjajah, tetapi adalah semata-mata untuk menjaga hak kepentingan Melayu dan golongan bangsawan. Situasi/ perjuangan ini telah menjadi tradisi turun-temurun sehinggalah kehari ini dimana UMNO semakin angkuh, berani serta menunjukkan kekuasaan pemerintahannya yang mana berpihak kepada pembelaan nasib satu kaum sahaja iaitu Melayu. Ini jelas menunjukkan kerajaan Malaysia ialah kerajaan yang berlandaskan perkauman. Ia sedikit sebanyak memberi impak dan kesan terhadap pemikiran golongan generasi baru dimana, sekiranya golongan/ kaum itu dibela, kaum/ golongan itu akan terus menyokong parti UMNO untuk terus menerajui tampuk pemerintahan manakala kaum/ golongan yang tidak dibela,terus berdiam diri dan merasakan dirinya asing di tempat kelahirannya sendiri. Kalau adapun tentangan,ianya dengan mudah ditangkis oleh pihak kerajaan yang sememangnya telah berkuasa dan angkuh sejak sekian lama. Baru-baru ini,muncul pula satu lagi badan pergerakan yang berlandaskan perkauman iaitu PEKIDA. Jika dilihat sejarah PEKIDA ini, pertubuhan ini sebenarnya sudah lama bertapak sejak dulu tetapi dijalankan secara kecil-kecilan untuk menjaga hak kepentingan kaum Melayu dengan cara bantu-membantu dalam hal-hal seperti perkahwinan,gotong-royong dan sebagainya tetapi lama-kelamaan ianya telah berkembang pesat hasil usaha dan sokongan orang atasan yang berkepentingan untuk terus menjaga kepentingan Melayu dan mengembeling kekuatan kaum Melayu sahaja. Jelas disini bahawa PEKIDA adalah berasaskan perkauman yang dilindungi oleh pihak kerajaan. Ianya harus dibanteras demi hak kesamarataan antara kaum! Hapuskan kerajaan perkauman sekarang!

03. Punk adalah satu bentuk corak pemikiran,idea dan diaplikasikan dalam kehidupan harian. Idea dan pemikiran tidak akan hapus atau dimakan usia sampai bila-bila malah boleh berkembang. Usia manusia hanyalah proses penuaan yang berlaku secara semulajadi dan umur hanyalah nombor semata-mata. Proses penuaan tidak boleh dinafikan dan setiap dari organisma yang hidup akan mati bergantung kepada jangka hayat hidupnya serta tahap kesihatan dirinya. Kita tidak boleh lari daripada tua. Sel-sel dari semua bahagian anggota kita akan terus degenerate dan mati sedikit demi sedikit sehinggalah ia tidak dapat berfungi dengan sempurna lagi dan mengakibatkan pelbagai penyakit atau kematian. Saya berusia dalam lingkungan 20-an dan masih muda. Saya didedahkan dengan idea punk sejak 5-7tahun yang lalu dan ianya sentiasa berkembang mengikut tahap pemikiran dan pembacaan serta diskusi antara rakan-rakan lain. Meminati muzik adalah sekadar hobi dan medium untuk saya bekarya kerana saya percaya dengan seni musik dan lirik, saya boleh menyampaikan mesej atau memberi sedikit impak kepada corak pemikiran pembaca yang berfikir. Punk dan idea tidak dapat dipisahkan. Tidak ada gunanya sekirannya punk itu ditampilkan dengan pembawakan musik semata-mata serta imej pemakaian tetapi tidak mempunyai idea. Dan tidak berguna juga sekiranya seseorang punk yang berusia lanjut itu tidak berkembang ideanya serta masih mempunyai pemikiran tertutup dan bersikap ego. Setiap manusia mempunyai kitar hidup mereka yang tersendiri sehinggalah mati. Tidak kiranya ia bermula sebagai seorang individu, kemudian berkahwin, bekeluarga dan mati ataupun dari seorang individu sehinggalah mati serta pelbagai lagi keberangkalian yang ada.bergantung kepada pilihan individu itu sendiri. Sekiranya saya memilih untuk berkahwin pada satu hari nanti dan masih hidup,sudah tentunya idea punk akan semakin berkembang selaras dengan kematangan akal fikiran. Ianya bukanlah perkara yang sangat ajaib dan aneh bagi saya. Kepada mereka yang dikatakan tewas dan kembali kepangkal jalan, saya tidak begitu faham atas pemahaman mereka terhadap punk. Mungkin mereka harus mengkaji semula apa itu punk hardcore.

04. Toleransi adalah salah satu unsur utama dalam punk tetapi bukanlah untuk perkauman, diskriminasi,korupsi,kapitalis dan sebagainya yang menghancurkan manusia, haiwan dan alam sekeliling. Saya tiada masalah dalam hal toleransi walaupun ianya dalam scene punk itu sendiri. Sebagai contoh, terdapat individu yang mempercayai punk sebagai idea untuk dipraktikkan tetapi sebenarnya individu tersebut langsung tidak memahami punk itu sendiri dan bersikap jahil, saya masih boleh bertoleransi kerana saya percaya setiap individu akan berkembang dan matang bergantung pada usaha serta pembacaan. Sekiranya individu berkenaan rajin membaca, berkongsi idea dan berfikir secara kritikal, pastinya pemikirannya akan berubah dan berkembang. Tetapi,dalam konteks berkongsi pentas dengan band-band bebas yang bertentangan idea dan jelas mereka mempraktikkan perkauman dan diskriminasi, sudah semestinya saya menolak keras. Sebagai band punk/hardcore, kita mempunyai pilihan untuk bermain musik dimana sahaja yang kita mahukan atau menolak sebarang pelawaan yang memperjudikan pertentangan idea dan fahaman seperti contoh yang dinyatakan tadi. Kita berhak menolak dan menyatakan pendirian kita. Itulah bezanya band yang ada attitude/pendirian atau tidak. Terpulang kepada tuan punya band. Seperti yang saya katakan, musik dan band hanyalah unsur kecil dalam punk hardcore. Selebihnya ialah idea,pemikiran kritikal dan komunikasi. Mengenai isu sponsor gigs pula, ia bergantung pada pihak sponsor. Sekiranya pihak berkenaan adalah datangnya dari syarikat kapitalis terbesar yang nyata-nyata mengeksploitasi tenaga pekerja demi mengaut keuntungan besar,sudah semestinya saya akan menolak keras sponsor berkenaan atas dasar kesedaran dan pendirian. Tetapi sekiranya pihak sponsor adalah rakan baik saya yang diketahui amat meminati musik punk/hardcore dan berniat untuk memperkembangkan musik serta memberi peluang band-band diy hardcore/punk untuk berkarya, sudah semestinya saya akan menimbangkan sponsor tersebut. Tidak menjadi masalah jika ada sponsor tetapi soal principal jangan diketepikan. Sekian.


prasastihujunglangit #01

No comments: