November 29, 2005 / 12.21pm
Sekali lagi aku menyoretkan satu titipan hatiku yang ku pendam dan ku lalui. hari ini merupakan satu hari yang bersejarah buat aku. buat pertama kalinya, aku telah membuat keputusan yang sangat memedihkan hatiku. keputusan yang aku rasakan terbaik untuk menyelesaikan segala yang aku hadapi. dan untuk menjaga semua hati insan yang aku sayangi dan hargai. aku tak pasti kenapa, aku rasa aku memang akan kalah kalau aku memilih untuk bermain dengan api. seperti selalunya, aku pasti akan tewas, dan ini adalah untuk yang kesekian kalinya. terima kasih kepada Tuhan kerana masih memberi aku harapan untuk terus hidup dan berdiri dalam dunia ini. dunia yang sememangnya aku tahu memerlukan kita untuk memilih segalanya untuk kita terus hidup. tak usah mengatakan hidup ini tidak pernah adil atau hidup ini terlalu menyakitkan. hidup ini penuh cabaran dan cubaan.segalanya untuk menguji kekentalan dan keteguhan hati kita. segalanya untuk membuat kita semakin matang, memahami segala apa yang dimaksudkan dengan hidup. andainya hidup semudah kata, maka tidak akan ada permasalahan yang akan timbul. tidak akan ada sakit hati, tidak akan ada ketidak adilan yang dicetuskan oleh rasa cemburu dan hasad dengki yang sememangnya menanti masa untuk membakar dan memamah hati dan diri kita. permainan ini adalah satu pertarungan untuk kita merebut kehidupan dan harapan untuk terus berdiri dalam dunia yang sangat indah. dunia ciptaan yang maha Esa ini cukup luas untuk kita terokai dan harungi dengan tabah dan sabar. aku telah menetapkan dalam hati aku, aku akan tetap terus berdiri dengan lebih utuh lagi dalam aku melalui seluruh hidup aku.akan aku terus menghadapi segalanya ini untuk aku menjadi seorang insan yang bernama abdul mutalib. akan aku pastikan aku akan terus menjadi aku sekarang, dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. menjadi lebih kental, lebih tabah dan lebih cekal dalam mengharungi semua onak duri ini. akan aku cuba buktikan bahawa aku mampu menghadapi walau tinggi mana ombak yang bakal melanda aku.. akan aku tetap terus berdiri menahan segala permasalahan dengan lebih jaya dan gah. walau sekecil atau sekerdil mana pun aku, yang pastinya, aku tahu, aku mampu...setiap orang mampu untuk menjadi diri mereka, mampu untuk menghadapi segalanya.
Apa yang penting, kesabaran, keteguhan, ketetapan nurani yang kukuh dan tinggi. di sini, aku tatapkan buat kalian yang membaca, aku harus menjadi seorang yang tabah dan percaya akan diri dan kemampuan diri aku. keyakinan dan kepercayaan aku terhadap diri sendiri harus dipertingkat dan diperbaiki. aku sangat kenal diri aku lebih dari orang lain kenal diri aku. aku sentiasa memendam rasa, aku sentiasa menyimpan rasa sakit hati dan penderitaan ini, dan aku sangat pasti yang aku sangat memahami perasaan semua manusia yang memendam hati. aku dilahirkan untuk memahami orang lain, aku dilahirkan untuk menjadi seorang yang boleh memahami, tetapi mengapa tiada orang yang bisa memahami diri aku. mengapa pula selepas aku menemui seorang yang bisa memahami diri aku, ia tidak bisa aku miliki. mengapa nasib, masa dan keadaan masih belum mahu mengalah kepada aku untuk memberi aku peluang mencari harapan. mengapa aku diberikan hanya sedikit waktu untuk memiliki hatinya, mengenali dirinya, menemuinya, kemudiannya aku terpaksa melepaskan segalanya ini dengan hati ku yang sememangnya terguris. aku tak pernah menyalahkannya, aku sangat memahaminya. aku tahu betapa dia menyayangi diriku. aku tahu betapa sakit hatinya untuk membuat keputusan ini. aku tahu dan aku faham kerana itulah apa yang aku rasakan kini. itulah yang aku alami kini. apa yang dilakukan dan diputuskan olehnya adalah satu jalan terbaik yang harus kami pilih untuk menjaga hati semua pihak dan hati orang lain. kami tidak pernah ingin menjaga hati kami... kami tidak pernah memilih untuk menemui diri kami di sini. kami terpaksa memilih untuk ini. kami perlu kerana kami terpaksa menghadapi keadaan, dan kami memilih untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, walau kami terpaksa bermain dengan api, hati dan perasaan kami. kami tidak ingin menipu diri sendiri. kamilah insan yang terpaksa memilih untuk menjadi orang lain. memilih untuk mencari kehampaan dan kekecewaan yang kami harus akur dan terima dengan rela. dengan hati yang tulus ikhlas dan berbekalkan rasa cinta ini... aku memilih untuk keluar...memilih untuk merasakan keperitan hati... memilih untuk..................
prasastihujunglangit #01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment